FAQs

Print

Bolehkah saya pindahkan NCB dari satu kenderaan ke kenderaan yang lain?


Ya, boleh. NCB dari satu kenderaan tertentu boleh dipindahkan ke kenderaan yang lain dengan syarat kedua-dua kenderaan tersebut dimiliki oleh pemilik yang sama.

Bolehkah saya memperbaharui road tax kenderaan jika saya mempunyai saman oelh PDRM atau JPJ?


Kebiasaannya semua saman oleh JPJ akan di blacklist di dalam Sistem Online JPJ. Namun begitu bukan semua saman oleh PDRM yang akan di blacklist oleh Sistem Online JPJ. Tuan/puan boleh semak saman PDRM dengan cara SMS ke talian 15888 dan taip "POLIS SAMAN NO. KENDERAAN" (cth: POLIS SAMAN ABC1234) yang akan dikenakan servis caj sebanyak RM0.20. Tuan/puan juga boleh SMS ke talian 32728 dan taip seperti mana diatas (cth: POLIS SAMAN ABC1234) yang akan dikenakan servis caj sebanyak RM0.50.

Benarkah Road tax Kereta boleh diperbaharui (renew) tanpa mengemukakan geran asal kenderaaan (car registration card)?


Ya, benar. Road tax (cukai jalan) kereta boleh diperbaharui tanpa memerlukan geran asal kenderaan di mana-mana agen MYEG Services Berhad yang dilengkapi dengan Kiosk Mesin Roadtax MYEG. Kami adalah di antara Authorised MYEG Kiosk tersebut yang beroperasi di Taman Melawati, Hulu Kelang.

Benarkah kadar NCB kenderaan saya kembali ke 0% selepas membuat tuntutan kerosakan disebabkan kemalangan?


Jika keputusan lapuran dari pihak PDRM mendapati pihak anda tidak bersalah didalam kemalangan kenderaan tersebut, maka status NCB kenderaan tuan/puan tersebut tidak akan terjejas. Namun begitu, jika keputusan lapuran dari pihak PDRM didapati sebaliknya, maka status NCB kenderaan anda tersebut akan kembali ke 0%.

Bagaimana untuk menyemak status NCB kenderaan saya?


Tuan/puan boleh menyemak NCB kenderaan didalam laman web Insurance Services Malaysia Berhad (ISM). Tuan/puan juga boleh SMS ke talian 36600 dan taip "POL NO. KENDERAAN", contoh: POL ABC1234. Atau taip "ISMNCD NO. KENDERAAN NO. K/P" (contoh: ISMNCD ABC1234 840105035521) ke talian yang sama 36600.

Bagaimana dengan status NCB Kenderaan saya jika saya berpindah dari satu syarikat insurans ke syarikat insurans yang lain?


Perpindahan dari satu syarikat insurans ke syarikat insurans yang lain tidak akan menjejaskan kelayakan NCB kenderaan tuan/puan. Contoh, Tahun lepas kenderaan tuan/puan dengan syarikat insurans A dimana NCBnya 45% dan kemudian tuan/puan berpindah ke syarikat insurans B pada tahun berikutnya. Dengan itu NCB kenderaan tuan/puan dengan syarikat insurans B telah bertambah menjadi 55%.

Bagaimana dengan status NCB dan insurans kenderaan saya jika saya telah menjualnya?


Jika tuan/puan telah menjual sesebuah kenderaan, tuan/puan hendaklah memohon pembatalan insurans ke atas kenderaan tersebut dengan secepat miungkin di mana-mana cawangan syarikat insurans tersebut atau hadir ke agen insurans yang telah menyediakan perkhidmatan kepada tuan/puan tersebut. Tuan/puan akan dibayar balik sumbangan/premium ke atas baki tempoh insurans yang belum tamat yang akan dikira secara prorata. Kemudian NCB dari kenderaan tersebut bolehlah dipindahkan ke kenderaan baru atau kenderaan yang lain.

Apakah faktor-faktor yang diambil kira dalam pengiraan untuk menentukan harga insurans kenderaan?


Setiap kenderaan harga insuransnya berbeza bergantung kepada nilai perlindungan (harga pasaran semasa kenderaan), buatan, jenis kenderaan, nilai perlindungan cermin (windscreen), keupayaan engine (C.C.), umur kenderaan, umur pemandu, pekerjaan pemandu, pengalaman lesen memandu pemilik kenderaan tersebut, lokasi kenderaan dan berapa orang tambahan pemandu dibenarkan dan umur mereka.

Apakah kelebihan memperbaharui road tax kereta melalui agen Kiosk MYEG?


Di antara kebaikan dan kelebihan memperbaharui road tax kereta melalui agen Kiosk MYEG ialah anda tidak perlu menyediakan geran asal kenderaan, menjimatkan masa kerana tidak perlu beratur panjang di JPJ atau Pejabat Pos dan cetakan road tax dbuat dalam tempoh yang amat singkat, Insya Allah dalam tempoh 5 minit sahaja.

Adakah pembaharuan insurans dan road tax kenderaan hanya boleh dibuat pada tarikh luputnya?


Pembaharuan insurans dan road tax kenderaan boleh dibuat dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh luputnya. Walaupun tuan/puan telah memperbaharuinya lebih awal dari tarikh luput insurans dan road tax kenderaan tersebut, tarikh kuat-kuasanya hanya akan bermula sebaik selepas tarikh luput insurans dan road tax yang sedia ada. Ini bermaksud, tiada sebarang kerugian atau pertindihan jika tuan/puan memperbaharuinya lebih awal dari tarikh luputnya.

Adakah harga insurans kereta berbeza dari satu syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain?


Pada dasarnya setiap syarikat insurans di Malaysia mestilah mengguna pakai tariff kenderaan motor yang telah diwartakan atau ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Namun begitu, ada kemungkinan sedikit perbezaan harga insurans kenderaan bagi setiap syarikat jika syarikat insurans tersebut mengenakan loading (caj tambahan) ke atas kenderaan tersebut disebabkan oleh umur kenderaan, umur pemandu, jenis kenderaan dan juga keupayaan engine (C.C.). Jika tiada sebarang loading (caj tambahan) dikenakan terhadap kenderaan tersebut, maka harga insurans kenderaan tersebut mestilah sama dari setiap syarikat insurans di Malaysia.

Namun begitu mulai 1 July 2017 dengan perlaksanaan "detariffication" oleh Bank Negara Malaysia, harga sumbangan takaful dan insurans kenderaan akan berbeza dari satu syarikat dengan syarikat insurans yang lain. Setiap pengendali takaful dan syarikat insurans di Malaysia tidak lagi tertakluk kepada tariff kenderaan bermotor yang ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Ini bermaksud pengendali takaful am dan syarikat insurans am di Malaysia boleh menawarkan kadar sumbangan atau premium yang lebih tinggi atau lebih rendah dari tariff yang sedia ada. Namun begitu, kadar sumbangan atau premium yang baru tersebut mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh pihak BNM.

Bolehkah pemilik kenderaan melantik wakil untuk urusan renew road tax kereta tanpa geran ini?


Ya, boleh. Pihak ketiga atau wakil kepada pemilik kenderaan boleh datang memperbaharui insurans dan road tax kereta tanpa geran. Kemudian wakil tersebut dikehendaki mengisi dan menandatangani borang pengesahan penerimaan road tax untuk diserahkan kepada pihak MYEG.

Apakah yang dimaksudkan dengan NCB itu?


NCB adalah singkatan daripada "No Claim Bonus" iaitu diskaun yang diberikan oleh syarikat insurans keatas pemilik kenderaan (kereta dan motosikal) yang tidak membuat tuntutan kerosakan kemalangan. Peratusan NCB untuk kereta bermula dari 0% (minima) hingga ke 55% (maxima) seperti mana dibawah:

NCB untuk kereta di Tahun Pertama - 0%.
NCB untuk kereta di Tahun Kedua - 25%.
NCB untuk kereta di Tahun Ketiga - 30%.
NCB untuk kereta di Tahun Keempat - 38.33%.
NCB untuk kereta di Tahun Kelima - 45%.
NCB untuk kereta di Tahun Keenam - 55%.

Contoh, jika seorang pemilik kereta telah memiliki sebuah kereta selama 4 tahun penuh dari tarikh permulaan insurans kereta tersebut dan tidak pernah membuat tuntutan kerosakan kemalangan dalam tempoh 4 tahun tersebut maka kadar NCB kereta tersebut untuk tahun berikutnya (Tahun Kelima) adalah 45%. Sebaliknya jika dalam Tahun Keempat tersebut beliau ada membuat tuntutan kerosakan kemalangan ke atas kereta tersebut maka kadar NCB kereta tersebut ketika pembaharuan untuk Tahun Kelima NCBnya akan menjadi 0% kembali.

What is No Claim Discount (NCD)?


The No Claim Discount (NCD) is a reward scheme received by motor policy holders for not making a claim during the preceding 12 months.

How much of No Claim Discount (NCD) am I entitled to?


Consumers are eligible for NCD ranging from 0% to 55% of the premium payable depending on the type of vehicle, coverage and number of years claim not intimated. For a private car, the scale of NCD ranges from 0% to 55% as provided in the policy/certificate whereas for motorcycles and commercial vehicles, it ranges from 0% to 25%.