- Hits: 11931
Sejahtera Risk Consulting
Sejahtera Risk Consulting adalah korporat agen untuk Takaful Ikhlas General Berhad, Etiqa General Takaful Berhad and Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad. Oleh itu, kami diberi kuasa untuk menawarkan produk takaful am (takaful motor dan takaful bukan motor) bagi pihak pengendali takaful ini di Malaysia.
Kami telah mendaftar sebagai ejen korporat untuk Takaful Ikhlas General Berhad sejak tahun 2003. Kami adalah salah satu Agensi Jutaan Ringgit.
Kemudian kami telah mendaftar sebagai ejen korporat untuk Etiqa General Takaful Berhad sejak Februari 2011.
Pada awal tahun 2017, kami telah mendaftar sebagai ejen korporat untuk Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad.
Kesemua pengendali takaful ini berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Kami juga merupakan ejen sah Kiosk MYEG yang dibenarkan menjana cukai jalan kereta dan motosikal (LKM) bagi pihak JPJ (RIMV).
kami telah berkecimpung dalam perniagaan takaful dan insurans am untuk sekian lama. Oleh itu, Insya Allah kami mampu memberikan khidmat nasihat yang sewajarnya dan perkhidmatan yang boleh dipercayai kepada pelanggan kami yang baru dan sedia ada.
Cukai jalan kereta hanya boleh diperbaharui jika kereta anda mempunyai perlindungan insurans yang sah untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. Jika tidak, anda tidak dapat memperbaharuinya.
1. Jika insurans kenderaan anda telah pun diperbaharui:
2. Untuk memperbaharui Insurans dan Roadtax Kenderaan (MYEG):